sjkkchien-wh.zoom-a.com

SEJARAH PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pusat Sumber Sekolah Kwang Chien telah ditubuhkan pada tahun 1999.  Pada ketika itu, Pusat Sumber Sekolah (PSS) merangkumi bilik perpustakaan dan pusat sumber guru.  Bahan-bahan bantu mengajar dan buku-buku rujukan diletakkan di PSS tersebut untuk rujukan guru.  Kaunter peminjaman buku perpustakaan turut diwujudkan dan PSS dilengkapi dengan laptop, LCD dan Skrin. Seterusnya, PSS diperluaskan penggunaannya menjadi tempat mesyuarat guru dan proses pengajaran-pembelajaran dijalankan mengikut jadual. Di samping itu, aktiviti-aktiviti seperti program NILAM dan perkembangan staf turut diadakan di PSS.

Pada tahun 2002, pihak sekolah telah membuat perancangan untuk meningkatkan kelengkapan dalam PSS.  Lembaga Pengurus Sekolah telah memberi sumbangan dengan memasang pendingin hawa di PSS.

Bilik Alat Pandang Dengar dipisahkan dari PSS untuk menjadi sebuah bilik khas yang bertempat di Tingkat 1, blok pentadbiran.  Bilik tersebut juga dilengkapi dengan kemudahan pendingin hawa dan kelengkapan-kelengkapan seperti radio, televisyen, cekera padat, peralatan muzik, dan peralatan elektronik seperti laptop, LCD dan skrin untuk P & P.  Proses P & P berjalan mengikut jadual.

            Pada tahun 2002, peminjaman dan pemulangan buku-buku perpustakaan  dan bahan bantu mengajar beroperasi secara berkomputer.  Ekoran daripada keberkesanan dan pengurusan yang mantap dalam pengendalian pusat sumber tersebut, sekolah ini telah berjaya memasuki pertandingan PSS ke pusingan akhir pada peringkat kebangsaan.

          Pada tahun 2009, Pusat Sumber Sekolah ini memperluas lagi perkhidmatannya dengan mewujudkan Pusat Akses.  Pusat Akses tersebut juga dilengkapi dengan pendingin hawa dan komputer.  Murid-murid boleh menggunakan pusat tersebut untuk menjalankan akses kendiri melalui perisian-perisian pembelajaran interaktif  dan melayari internet yang disediakan.

           Pada tahun 2009, bahan bantuan mengajar seperti carta dan kit-kit pelajaran telah dipindahkan ke bilik Alat Pandang Dengar. Oleh itu, bilik APD telah ditukarkan namanya ke Bilik Alat Pandang Dengar/Bahan Bantu Mengajar.

 


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: