sjkkchien-wh.zoom-a.com

PIAGAM PELANGGAN

SJK(C) KWANG CHIEN, SARIKEI

 

KAMI WARGA

SJK(C) KWANG CHIEN, SARIKEI

DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM BERIKRAR DAN BERJANJI

AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK

 

1.     Memastikan semua kanak-kanak, mengikut umur yang ditetapkan, mendapat tempat belajar pada hari pertama persekolahan baru dimulakan. 

2.     Mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid-murid daripada hal-hal lain. 

3.     Bersikap adil terhadap setiap murid tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama. 

4.     Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkahlaku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada murid-murid. 

5.     Mewujudkan konsep sekolah penyayang dan sifar takut di kalangan kanak-kanak sekolah. 

6.     Berusaha dengan gigih meningkatkan prestasi akademik murid-murid di peringkat UPSR khasnya dan di peringkat sekolah amnya. 

7.     Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara sekolah dengan ibu bapa murid-murid dan masyarakat setempat. 

8.     Memastikan kawasan sekolah, bangunan sekolah, harta sekolah dijaga ke tahap maksimum serta pentadbiran sekolah berjalan dengan licin dan teratur. 

9.     Berusaha dengan sepenuh-penuhnya meningkatkan prestasi kokurikulum dalam penyertaan luar sekolah. 

10. Berusaha dengan gigih agar murid-murid dapat menguasai kemahiran asas, iaitu membaca, menulis dan mengira serta celik huruf dan celik angka.

 


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: